Monday, 11 April 2011

ALAHAI BAPAK KU....

Seorang bapa sangat bengang bila anak gadisnya asyik bergayut ditelepon..Setiap kali bergayut berjam-jam,lalu ia berpesan "kamu buat apa bergayut lama2..layan org tak tentu pasal..kalau kamu yg telefon lagi berat ..bil beratus abah yg kena bayar.."Kemudian telepon pun berdering...gadis itu pun mula bergayut..tp x lama sangat...1 jam je.."ha..bagus mcm tu,kamu cuba kurangkan pembaziran...sape yg telepon"tanya bapanya...jawab sigadis 'SALAH NOMBOR ABAH...!'.

WAHAI ISTERIKU..

Seorang isteri memberitahu suaminya bahawa jiran sebelah tak pandai cuci baju..ini kerana beliau setiap hari melihat dari tingkap cermin rumahnya,baju2 cucian jiran sebelah sentiasa kotor.'Bagaimana kamu tahu ' tanya sisuami..'Kan ampaian jiran kita tu betul2 di sebelah tingkap kita tu"kata siisteri..Ohh..sahut sisuami..
Esoknya siisteri amat terperanjat kerana baju cucian jiran sebelah bersih berseri2,lalu segera ia memberitahu suaminya bila saja suaminya pulang...lalu jawab sisuami.."Abang dah bersihkan cermin tingkap kita tu...!

Friday, 8 April 2011

PERPUSTAKAAN...HAHAHA...

Pada suatu tengah malam handfon  seorang pustakawan berdering.

"Pukul berapa perpustakaan akan di buka?" seorang pemuda di hujung talian 
bertanya.

"Jam 9 pagi encik, apa hal yang penting sangat encik menelefon saya 
tengah malam buta nie?" tanya pustakawan tadi.

"Tak boleh buka awal lagi ke?" pemuda itu bertanya lagi dengan nada kecewa. 

"TIDAK, tidak akan dibuka sebelum pukul 9!" si pustakawan menjawab dengan nada 
yang tinggi. "Penting sangat ke sampai encik tidak boleh tunggu sampai pukul 9 
pagi untuk masuk?". Tanya pustawakan menyindir.

"Siapa kata saya mau masuk?" kata pemuda itu kesal, "SAYA MAU KELUAR LAAAA...!!!!"

Wednesday, 6 April 2011

Nak jimat minyak..

10 CARA JIMATKAN MINYAK PETROL...
01. Jangan kemana-mana
02. Gunakan basikal
03. Gunakan kereta lembu
04. Jalankaki
05. Tumpang kawan2..atau lori,trektor atau steambroll
06. Menunggang kuda..atau jika masih nak guna kereta gunakan kuda tarik kereta anda.
06. Pasang layar atas kereta anda..bila angin kuat matikan injin
07. Matikan injin kereta anda bila turun bukit
08. Gunakan selain petrol...minyak masak ke,minyak gasolin,minyak tar atau minyak urut
09. Belajar terbang menggunakan sayap
10. Akhir sekali jual je kereta anda.... he..he..jgn mare..!

Lawak bomba dengan kawannye...

Sebuah kereta terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori.Pasukan bomba pun sampai utk mengeluarkan mayat-mayat yg tersepit.'Cuba kamu pastikan,kalau2 ada yg masih hidup'kata ketua bomba kepada seorang anggotanya.Maka anggota bomba itu pun memeriksa kereta dan lori tersebut.'Tuan,yg ini masih hidup' teriak anggota itu.'Bagus..ada juga yg masih selamat' katanya sambil menghampiri anggota itu.'Mana masih hidup?'katanya...'Ini Tuan'.. sambil menunjukkan ROADTAX kereta tersebut......

Name tempat pelik.

NAMA TEMPAT2 PELIK DI MALAYSIA.. negeri sembilan
1
Jaln Dato' Siamang Gagap
2 Kampung Penajis
3 Batang Benar
4 
Kampung Jambu Lapan
5 bongek
Perlis
1 Bongor kudong
2 Utan Aji
3
Cuping
4 Betis Patah
5 utan aji
6 tambun tulang
7 kampung Y
8
marhom kayang
9 simpang empat kangkung
SARAWAK
1 
Kampung Wireless
2 tanjung bekakap
3 bawang assan
4 kg 
buangsiol
SELANGOR
1
Batang Berjuntai
3 Bagan Tengkorak
3 sabak bernam
Tebok
PulaiTebok BerihunTebok PerengganTebok
MufradTebok Marjan
JOHOR
1 
Gelang Patah
2 Pasir Gudang
3 batu pahat
4 kluang= kelawar?? 
keluang man?? hhehe
5 KG. TEMU JODOH.
6 KG. SERI BUNIAN
7 
tongkang pecah
8 gunung lambak
9 kampung ponorogo
10 parit 
botak
11 parit sonto- cite usop sontorian..hehe
12 kg puteri 
menangis
13 sedenak
14 felda air tawar- memey suhaiza punye 
tempat...
15 kampung bentong
PAHANG
1 Janda Baik
2 felda 
New Zealand
3 Dada Kering
4 che nor
5 jangka batu 13
6 lubuk
paku
7 kampung temin
8 bangau
9.kg bontot pulau
SABAH
1 Menggatal
2 Kg Baru 
Jumpa
3 Felda Icebox
4 merotai
KEDAH
1 Tikam Batu
2 
Megat Dewa
3 PADANG CICAK
4 Permatang Kerat Telunjuk
5 Sungai 
Derhaka (Terengganu pon ad jgk)
6 Kg Telekong
7 Ulu Melaka 
(langkawi)
8 Gurun
9 BALING
10 kampung 
namek--->>>adakah penduduk2 asal kampung tu adalah org planet 
nameck? ( dragon ball )
11 kg tengkorak batu
12 gajah mati
13kubur panjang
14 Siong
PERAK
1 
Parit
2 Dinding- rasanya da di tukar menjadi manjong
3 Lumut
4 
Titi Serong
5 Menglembu
6 Papan
7 Pusing
8 Mambang Di Awan
9
Kampung Tempe
10 Kg Batang Bergedik
11 Hutan Melintang
12 bota
KELANTAN
1 
Kg Pak Badul
2 Kg Palekbang
3 Tumpat
4 Kg Pauh Butut
5 Kg 
Pasir Lalat
6 Sg Satan
7 Pengkalan Kubu
8 Kg Pintu Geng
9 Kg
Bunohan
10 kg. lawa
11 gertak lembu
12 gertak serong
13 kg 
pek
14 Kedai lalat
PENANG
1
Jarak Atas
2 Balik Pulau
3 Gertak Sanggul
4 kg seronok
TERENGGANU
1
Kg Alor Terbo
2 Kg Wad Sembilan
3 Kg Batu Rakit
4 Kg Imam 
Lapar
5 Kg Nasi Dingin
6 Kg Gong Badak
7 Kg Gong Pak Jin
8 
Kg Pasir Panjang
9 Kg Padang Hangus
10 Kg Fakir
11 Kg Kuala 
Ping
12 Sungai Derhaka (kedah pon ad jgk)
13 Kg Langgar
14 Kg 
Lapan Kotak
15 Kg Cacar
16 Lorong Surau
17 Kg Jerung
18 Kg 
Bawah Atas Tol
19 Chukai
20 Kg Telaga Batin
21 kg bogel cube 
kalau orang tnye.. kamu nak g mane...nak g bogel...haha
22 kg bukit anak dara.
MELAKA
1 
Batang Tiga
2 Pulau Besar
3 Tanjung Bidara
4 Bukit Piatu
5 
Bukit Beruang
6 Air Keroh
7 Alor Gajah
8 Semabok
9 Durian 
Tunggal
10 Durian Daun
11 Bukit Senjuang
12 Ujong Pasir
13 
Ayer leleh
14 Kampung Jawa
15 batang melaka
Kalau ada lagi tolong tambah........

Gadia kampung...

Seorang pemuda telah mengambil keputusan utk menikahi seorang gadis.Beliau pergi menemui Tok Imam utk menyatakan hasratnya itu..
Pemuda: Tok..saya nak menikah ni,apa yang perlu saya buat?
Tok Imam: Baguslah jika kamu nak mendirikan masjid, Siapakah gadis pilihan kamu tu?.
Pemuda: Alaa Tok..Saya nak menikah gadis satu kampung je....!
Tok Imam: AAH..Mana boleh HARAM tu....menikah gadis satu kampung.....!
Pemuda: Macamana boleh haram Tok?..
Tok Imam: LAA..Sedangkan menikah 4 orang wanita sudah cukup berat..apalagi kalau menikah sampai satu kampung.......

Proton Saga..

PROTON SAGA...Hampir 2 bulan siJalil sgt rajin ke kebun.Hari2, x pernah cuti pun.Bedah pun hairan tp dia x berani nak tanya pun.Nak kata rajin motong getah..sesen duit pun x pernah sampai ketangannya..hanya Jalil belanja barang2 dapur shj.
Dalam hati Bedah..apalah kelentong laki aku kali ni..kerja rajin duit x nampak pun...hai..!
Suatu pagi Jalil bersiap2 dgn berpakaian kemas.Lalu Bedah bertanya."Abang nak g mana?'Jalil hanya menjawab."Nak ke bandar..ada hal..jaga rumah ye..!'Bedah hanya mengangguk.
Menjelang petang baru Jalil pulang...sampai ke kaki pintu dia terus memanggil isterinya."Bedah..bedah tengok ni..apa abang bawa balik ni..'.Bedah segera keluar rumah.Alangkah terperanjat beruknya dia kerana sebuah kereta PROTON SAGA ada disisi suaminya.'Kereta siapa ni bang?.tanya Bedah.'Kereta kitalah, abang baru beli'..'Ye ke bang?'Bedah x percaya..'Ye...Selama ni abang kekebun,motong getah hari2 inilah hasilnya..lepas ni abang nak kumpul duit kita besarkan rumah pulak...".
Bedah terkedu x terkata..kegembiraan terpancar di wajahnya,tanpa disedari setitis demi setitis airmatanya terjun ke bumi..dia x pernah sangka suaminya akan berubah sampai begitu sekali....
(Ulang tayang semula...kenapa Jalil boleh berubah......Semasa dia pergi ke KEDAI KOPI KG dulu,dia dikutuk dan dicabar oleh kawan2nya.'Apalah kau ni Jalil..pemalas,kebun semak...menoreh jarang2..kau tengok kami semua ni dah boleh beli kereta dan macam2 lg kerana harga getah mahal..kata seorang rakannya..seorang lagi menyampuk.."Ye lah Jalil..cuba kau insaf..Bedah isteri kau tu baik..kesian dia ...kau sia-siakan hidupnya'...Sorang lg berkata..Ah ah...aku pun nakkan si Bedah tu dulu,tapi dah jodoh kau...melepas aku..sampai sekarang x de orang nak kat aku...Yang lain menyahut..'Kena mandi bunga kau tu...'...Begitulah antara cabaran yg dilontarkan kpd Jalil.Maka sejak itu Jalil menyahut cabaran dan bertekad....) TAMAT....

lawak macam2 hal..

Berkali-kali Sawiyah berpusing-pusing di depan cermin besar. Lima enam tujuh lapan....lapan kali! Pun masih belum puas hati. Ditatapnya dari atas keningnya sehingga ibu jari kaki, mencari-cari kot-kot masih ada yang tidak kena dengan penggayaan sakannya petang itu. Okey la ni, dah cukup cantik hapa? Sawiyah bersoal dan berjawab sendiri. Memang sebelum ini pun aku dah memang cantik, memanglah... Sawiyah berbangga perihal dirinya  sendiri.

Selama ini pun Sawiyah acap benar mendengar pujian-pujian tentang dirinya. Di pondok menunggu bas. Di dalam bas. Di pejabat. Malah ke mana saja dia pergi banyak perhatian lelaki berhidung zebra crossing tertumpu kepadanya. Sawiyah tahu itu. Sawiyah faham itu. Sawiyah senang begitu! Cuma mujurlah Sawiyah tidak mudah cair dengan segala pujian-pujian murahan begitu. Barang baik mesti berharga tinggi. Itu kena jaga. Begitu pegangan Sawiyah. Dan kerana itulah, kalau setakat kerani cabuk atau pegawai berabuk, Sawiyah bolayan terus. Apa klasss diorang tue?

Namun demikian setelah kehadiran Sameon sepejabat dengannya, pegangan hidup Sawiyah mulai goyah. Second bosnya itu benar-benar membuatkan dia jadi sesuku angau. Dulu dia payah memberikan senyum kepada sebarang lelaki, tetapi kepada Sameon sengihnya melebar nampak gusi. Keramahan sapaan Sawiyah kepada Sameon terkadang mendatangkan kemeluatan kengkawan sepejabat yg lain. Tapi Sawiyah tak pedulik itu semua. Targetnya hanya satu, Sameon!

Katalah apa orang nak kata. Perigi cari timba ke, apa ke, itu semua Sawiyah
buat selamber jerrr. Selamba dog! Pada Sawiyah dia yakin sangat-sangat dia
tidak bertepuk sebelah tangan, Sameon jugak bertepuk dengan dia. Cuma tepuk Sameon ibarat tepuk kucing di depan ikan panggang. Sambil tepuk sambil jeling, sambil jeling sambil dekat, tunggu masa nak ngap. Itu pun
sangat-sangat Sawiyah pasti!

"Malam ini u ada pree tak? Kalu boleh, I nak ajak dinner!!" begitu lama
Sawiyah ternanti-nanti pelawaan sebegitu. Pelawaan dari Sameon yang selama
ini tak pernah lepas dari benak Sawiyah. Bagaimana mesti Sawiyah jawab,
kalau tidak anggukkan sajer yang mengalahkan kepala belatuk betina bila
berdepan dengan yang jantan. Lalu disitulah kemuncaknya.

Dua jam sebelum jam 8.00 malam seperti mana yang dipersetujui bersama,
Sawiyah bersiap habiss. Dadanya tak berhenti-henti dug-dag-dug- dag menantikan saat indah yang akan dilalui bersama jejaka pujaannya itu. Sameon! Sameon! Berulang-ulang nama itu meniti di bibir nipis Sawiyah. Dan apabila deru kereta Sameon memasuki laman rumah sewanya, Sawiyah laju menuju ke pintu. Semuanya menepati seperti rencana asal.

Sameon tersengih segak menanti, sedang Sawiyah buru-buru mengenakan kasut tinggi mengejar waktu. Apapun yang paling ketara ketika itu, senyum Sawiyah terlalu lebar semasa menutup pintu kereta Sameon. Cuma sayang senyum Sawiyah itu tidak kekal lama. Hanya sekitar 1 jam 18 minit kemudian, bibir yang menguntumkan senyum itu bersimpul sesimpul-simpulnya.

Wajah Sawiyah cukup kelat, sewaktu menghempaskan pintu kereta terakhir menuju pintu rumah sewanya, Sawiyah tidak menoleh ke belakang lagi. Deru kereta Sameon yang semakin menjauh begitu menyakitkan telinga. Berkali-kali Sawiyah berpusing-pusing di depan cermin besar. Lima enam tujuh lapan... lapan kali! Dan semakin ditatapnya wajah dicermin semakin berdengung-dengung kata-kata berbisa Sameon di telinga... "U memang lawa. Body pun best. I minat gila kat u...cuma yang satu i kurang gemar...bulu idung u terkeluar. Geli!!!!..."

Pelan-pelan Sawiyah meraba hidungnya... ...

Moral : Mana ada manusia yang sempurna?

...JANGAN BIARKAN BULU HIDUNG ANDA PANJANG....terutama bagi wanita...
hehehehehhe......

Lawak kat klinik....

Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Rasdi terpandang Agus sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Agus.

Rasdi   : Kenapa menangis?
Agus    : Saya datang untuk ujian darah.
Rasdi   : Awak takut ke?
Agus    : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya.

Mendengarkan penjelasan Agus, Rasdi pula menangis.

Agus  : Eh, kenapa pula awak menangis?
Rasdi : Saya datang untuk ujian air kencing......mereka telah..............
Agus  : Eeerrrkkkk......Haaaa.....??????

Cerita adalah rekaan semata2...tidak ada kaitan dgn yg hidup ataupun yg sudah mati mahupun yg sedang sakit......

Popular Posts

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...